SILA LIKE UNTUK INFO PANTAS

Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia UUM 2017

Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia UUM 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Universiti Utara Malaysia UUM sebagaimana berikut:

JAWATAN KOSONG UUM


1. PENDAFTAR GRED VU7

PERMOHONAN
Calon yang berminat untuk mengisi jawatan perlulah mengemukakan permohonan rasmi beserta dokumen berikut:

a) Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut;

i. Latar belakang diri dan keluarga termasuk alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi;
ii. Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya termasuk jawatan pentadbiran yang telah dan sedang disandang.

Semua salinan sijil akademik dan yang berkaitan perlulah dikemukakan bersama permohonan ini.

iii. Dua (2) nama penyokong sebagai rujukan (referee).

b) Kertas cadangan dan Key Performance Indicator (KPI) serta ringkasan mengenai wawasan dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang sekiranya dilantik sebagai Pendaftar UUM.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat berikut;

PENDAFTAR
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 SINTOK
KEDAH DARUL AMAN

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu bual. Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP: 18 JUN 2017




SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...