Jawatan Kosong di Lembaga Pendudukan dan Pembangunan
Keluarga Negara 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di LPPKN sebagaimana berikut:
1. JURURAWAT U29
SYARAT LANTIKAN:
a) Diploma dalam bidang Kejururawatan daripada universiti-universiti
tempatan dan luar negara atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan;
b) Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Pengamalan;
c) Mempunyai Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) yang
masih berkuatkuasa; dan
d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan;
e) Gaji = RM72.00 / sehari (akan dibayar berdasarkan
bilangan hari bertugas);
PERMOHONAN:
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan
yang boleh dimuat turun melalui laman rasmi LPPKN. Permohonan perlu disertakan dengan salinan sijil yang telah
disahkan. Sila guna borang berasingan
jika memohon lebih dari satu jawatan. Tuliskan jawatan yang dipohon di sebelah
kiri bahagian atas sampul surat bersaiz A4 (225mm x 320 mm) dan alamatkan
kepada :
UNIT PENTADBIRAN AM
DAN PERHUBUNGAN AWAM,
PUSAT KELUARGA LPPKN
NEGERI SELANGOR,
JALAN SEMPADAN 16/7,
SEKSYEN 16,
PETI SURAT 7080,
40702 SHAH ALAM,
SELANGOR.
Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil
untuk menghadiri temu duga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat akan
ditolak.
TARIKH TUTUP: 13 JUN 2017
SHARE THIS