Jawatan Kosong di Jabatan Taman Laut Malaysia 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA sebagaimana berikut:
1. PEREKA GRED B19
(Sementara/
Sambilan (tempoh kontrak: 3 bulan). sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan,
tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan sehingga maksimum tiga
(3) bulan lagi.)
KELAYAKAN:
Kelayakan Masuk : Bakat dan Kebolehan
Bidang/ Kelayakan Khusus : (A) mempunyai bakat, kebolehan
dan daya kreativiti; dan
(a)(i) mempunyai pengalaman yang terbukti dan diakui mutunya
dalam bidang seni reka dan/ atau seni lukis;
ATAU
Kelayakan Masuk : Bakat dan Kebolehan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang/ Kelayakan Khusus : (A) mempunyai bakat, kebolehan
dan daya kreativiti; dan
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
dalam bidang Seni Grafik (Pereka Grafik (Graphic Designer) atau Perekabentuk
Multimedia [Artis Multimedia – Visual Multimedia Artist – Visual)] atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PERMOHONAN:
a) Pemohon hendaklah menghantar permohonan melalui email
kepada razmeen@nre.gov.my;
bashah@nre.gov.my; suzilawati@nre.gov.my
b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping
gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil
keputusan peperiksaan dan salinan sijil tamat persekolahan yang DISAHKAN.
c) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di
bawah:
PENGARAH
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA
ARAS 11, WISMA SUMBER ASLI
NO. 25, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4
62574 PUTRAJAYA
(u.p.: Encik Razmeen bin Abdul Haleem)
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak teratur akan
DITOLAK. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selapas
3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.
TARIKH TUTUP: 12 JUN 2017
SHARE THIS