Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson MPPD 2017

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson MPPD 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson MPPD sebagaimana berikut:

JAWATAN KOSONG PORT DICKSON


1. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29
2. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29

PERMOHONAN
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman rasmi MPPD. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat berikut yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan keatas)/Penghulu/Pengerusi JKKK.

a. Gambar warna ukuran pasport;
b. My Kad/Kad Pengenalan;
c. Sijil kelahiran (surat beranak);
d. Sijil berhenti sekolah;
e. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
f. Sijil-sijil berkaitan.

Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang
permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON,
KM 1, JALAN PANTAI,
71009 PORT DICKSON.
(u.p.: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)

Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian bertulis dan temu duga melalui panggilan telefon atau surat.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP: 16 MEI 2017




SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...