Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak 2017

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di MAIPk sebagaimana berikut:

JAWATAN KOSONG MAIPk


1. PENOLONG PENGURUS (TEKNOLOGI MAKLUMAT) – KONTRAK ( RM 2000.00 – RM 2500.00 )
2. PEMANDU – KONTRAK ( RM 1500.00 )

KELAYAKAN
- Keutamaan diberikan kepada warganegara perak.
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
- warganegara Malaysia yang beragama islam.
A) Penolong Pengurus (Teknologi Maklumat)
(i) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(iii) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
B) Pemandu Kenderaan
(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan;
(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I/GDL yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;
(iv) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERMOHONAN
-Pemohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk Pind 1/2007) yang boleh didapati melalui laman web rasmi MAIPk atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
-Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, resume, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, lesen memandu, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.

-Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK
TINGKAT 1
KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN
JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB
30000 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
(U.P.: Bahagian Khidmat Pengurusan, Sub Unit Perjawatan)

- Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
-Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
-Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
-Permohonan-permohonan yang tidak memberi keterangan lengkap di dalam borang yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

TARIKH TUTUP: 16 JUN 2017




SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...