Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi LADA 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi LADA sebagaimana berikut:
1. PEMBANTU AWAM GRED
11 - 2 KEKOSONGAN
SYARAT LANTIKAN: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan;
(a) Pengtaksiran Tingkatan 3/Penilaian Menengah Rendah atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(b) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Malaysia/Bahasa
Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan 3/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PERMOHONAN
Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari
laman rasmi LADA di pautan dibawah.
Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir
bagi kelayakan yang disyaratkan dan sekeping
gambar terbaru berukuran passport, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan
lain-lain dokumen yang berkaitan.
Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul.
Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke
alamat seperti di bawah:-
KETUA PEGAWAI
EKSEKUTIF,
LEMBAGA PEMBANGUNAN
LANGKAWI,
TINGKAT 3, KOMPLEKS
LADA,
JALAN PERSIARAN PUTRA,
07000 KUAH, LANGKAWI,
KEDAH DARUL AMAN.
(u.p. Bahagian Sumber
Manusia dan Khidmat Pengurusan)
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari
tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak
berjaya.
Permohonan yang
ditolak:
- Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran passport
seperti ditetapkan;
- Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
- Tidak lengkap dan tidak terang;
- Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan
dalam iklan;
- Tidak menandatangani borang permohonan
TARIKH TUTUP: 11 JUN 2017
SHARE THIS