Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tanah Merah MDTM 2017



Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tanah Merah MDTM 2017
Tawaran adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Tanah Merah MDTM sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA J41
2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
3. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
4. PEMBANTU TADBIR N19

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Majlis Daerah Tanah Merah dengan harga RM3.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Tanah Merah beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00. Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan sahaja.

Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.

Alamat Permohonan :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANAH MERAH
17500 TANAH MERAH
KELANTAN

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat akan ditolak Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP : 20 & 26 APRIL 2017





SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...