Jawatan Kosong di Institut Sukan Negara ISN 2017



Jawatan Kosong di Institut Sukan Negara ISN 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Institut Sukan Negara ISN sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI SAINS C41
2. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41
3. PEGAWAI FARMASI UF44/48

PERMOHONAN
Permohonan mestilah menggunakan BORANG PERMOHONAN KERJAYA ISN boleh didapati di laman rasmi ISN dengan menyertakan SALINAN dokumen - dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

i. Kad Pengenalan;
ii. Sijil SPM/MCE, HSE/STPM atau setaraf;
iii. Ijazah dalam bidang berkaitan (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci);
iv. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/ terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji; dan
v. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/ Badan Berkanun/ Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat).

Sila hantar secara terus atau pos permohonan yang lengkap kepada:

JABATAN SUMBER MANUSIA
ARAS 1, BAHAGIAN PENGURUSAN
INSTITUT SUKAN NEGARA
57000 SRI PETALING,
KUALA LUMPUR
(U.P: UNIT PERJAWATAN & PERKHIDMATAN)

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Calon yang dipanggil ke sesi TEMUDUGA perlu membawa dokumen-dokumen asal untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak ISN selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

TARIKH TUTUP: 12 MEI 2017




SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...