SILA LIKE UNTUK INFO PANTAS

Jawatan Kosong di UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) 2017



Jawatan Kosong di UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) 2017
Tawaran adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di UNIMAS sebagaimana berikut:

1. TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)
2. TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)
GRED : Gred Utama B (VU6)
GAJI : RM 8,315.00 – RM 22,445.00

PERMOHONAN
Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan bersama-sama Curriculum Vitae (CV) berserta gambar berukuran pasport terkini dan dihantar ke Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Sarawak.
CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat asas berikut:-

a) Latar belakang, peribadi, keluarga, alamat surat
menyurat, nombor telefon untuk dihubungi;
b) Latar belakang pendidikan dan kerjaya; Semua
salinan sijil akademik dan yang berkaitan, perlulah
dikemukakan bersama permohonan ini (untuk calon
yang bukan kakitangan UNIMAS).
c) Anugerah dan hadiah yang berprestij di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa;
d) Sumbangan-sumbangan besar dan bermakna bagi
pembangunan universiti dan Pendidikan Tinggi
Negara;
e) Key Performance Indicator (KPI) dan ringkasan
mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan
Antarabangsa) dan Timbalan Naib Canselor (Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni)
f) Dua nama penyokong sebagai rujukan (referee).
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemubual.

Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:-

PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
94300 KOTA SAMARAHAN

Permohonan berikut akan DITOLAK sekiranya tidak disertakan salinan dokumen-dokumen seperti di atas, Salinan dokumen tidak disahkan, tidak lengkap atau tidak jelas, tidak ditandatangani, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan dan gambar tidak seperti yang ditetapkan.
Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


TARIKH TUTUP : 31 MAC 2017




SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...