Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia KPM 2017



Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia KPM 2017
Tawaran adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia KPM sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG34/DG41 /DG42/DG44 (KUP)
BAHAGIAN BUKU TEKS

MAKLUMAT PENTING
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG34/DG41/DG42/DG44(KUP) yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

(b) Telah disahkan dalam perkhidmatan
(c) Bebas dari tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah
(d) Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang baik untuk tiga (3) tahun terakhir
(e) Mahir menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint)

PERMOHONAN
Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh dimuat turun melalui laman rasmi KPM. Permohonan mestilah melalui Guru Besar/Pengetua / Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab “A” Perkara 21. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Buku Rekod Perkhidmatan, kenyataan Cuti yang telah disahkan dan markah prestasi 3 tahun terkini.

Salinan sijil-sijil dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang permohonan. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada :


PENGARAH

BAHAGIAN BUKU TEKS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK E15,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Calon calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan berkaitan temuduga iaitu kos penginapan, pengangkutan, makan dan minum adalah di bawah tanggungan sendiri.

TARIKH TUTUP : 24 MAC 2017




SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...