Jawatan Kosong Penolong Pengarah KPM

Tawaran dipelawa kepada Warganegara Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagaimana berikut:
Jawatan kosong kpm 2017

1. PENOLONG PENGARAH DG41/42/44(KUP)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21. Setiap pemohon yang berkelayakan hendaklah mengemukakan resume yang lengkap dan disertakan dengan Salinan Buku Rekod Perkhidmatan, Kenyataan Cuti yang telah disahkan, Salinan sijil yang disahkan dan lain-lain dokumen yang berkaitan. 

Semua permohonan hendaklah dihantar kepada: 

Pengarah 
Bahagian Pendidikan Swasta 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
Aras 2, Blok E 2, 
Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 PUTRAJAYA 
(u.p: Unit Pentadbiran dan Kewangan) 

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan dan isu berkaitan dengan permohonan jawatan ini, boleh menghubungi Unit Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8884 9543 / 9507.
Lokasi : PUTRAJAYA
Tarikh tutup : 1 MAC 2017

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia


SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...