Jawatan Guru dan Bukan Guru Melalui SPP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pelajaran. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut:
Jawatan Kosong Guru Kerajaan
Jawatan Kosong SPP

A: JAWATAN GURU


1. Guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia; (IJAZAH)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dan DG29 (SYARAT)

B: JAWATAN BUKAN GURU

1. Pensyarah yang berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (IJAZAH)
- Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29 (SYARAT)

2. Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 19 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (SPM)
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (SYARAT)
- Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 (SYARAT)
- Penyelia Asrama Gred N19 (SYARAT)
- Pembantu Pengurusan Murid Gred N19 (SYARAT)
- Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 (SYARAT)
- Pembantu Makmal Gred C19 (SYARAT)

3. Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 11 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (PMR)
- Pembantu Operasi Gred N11 (SYARAT)
- Pemandu Kenderaan Gred H11 (SYARAT)

Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui Sistem Terbuka perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

a. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di   peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

b. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

c. memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan

Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR), calon berkenaan perlu memiliki keputusan seperti berikut:

a. mendapat sekurang-kurangnya peringkat 'D' dalam 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan

b. bagi skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan 'kepujian' dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama Islam atau seumpamanya di peringkat SRP calon-calon hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya peringkat 'C' dalam mata pelajaran berkenaan di peringkat PMR.

C. CARA MEMOHON
Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa.
Permohonan hendaklah dibuat di Portal Jobs Malaysia http://www.jobsmalaysia.gov.my


SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...