Temu Duga Terbuka SL1M 2017

Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah 2017 pada 21 dan 22 Februari 2017 di Dewan Tun Razak 3 & 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Temuduga Terbuka SL1M

Banyak syarikat-syarikat gergasi dari GLC dan Swasta akan menawarkan peluang latihan dan pekerjaan untuk semua peringkat kelulusan dari peringkat Sijil sehingga ke peringkat Ijazah.

Pendaftaran dibuka seawal jam 7.30 pagi.

Selain temu duga, pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah hadiah menarik menanti para pengunjung yg hadir!  Nombor cabutan bertuah adalah TERHAD kepada yang hadir.

Selebriti terkenal seperti Kumpulan Zero Maharaja Lawak dan Farish Aziz juga akan berada di sana untuk memberi motivasi sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir.

Jangan lepaskan peluang ini dan sebarkan kepada rakan-rakan anda yang sedang mencari kerja di luar sana.



SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...