Jawatan Kosong di Jabatan Kebajikan Masyarakat


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa individu yang berkelayakan untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Jawatan Kosong yang sedang dibuka adalah seperti berikut:

Jawatan Kosong di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

1. IJAZAHNama Jawatan: Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
Kekosongan: 20

2. DIPLOMA
Nama Jawatan: Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29
Kekosongan: 48

Bidang Keutamaan:


  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Kerja Sosial
  • Pengurusan Kerja Sosial
  • Psikologi (Psikologi Kanak-kanak dna Keluarga)
  • Psikologi dan Kaunseling
  • Sains Sosial
  • Pembangunan Manusia
  • Pembangunan Manusia dan Pengurusan
  • Pengajian Islam
  • Pengajian Islam (Dakwah)

Jawatan Kosong JKM

Pendaftaran permohonan dibuka sepanjang masa, dan hanya diterima melalui permohonan online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan yang dilaporkan oleh pihak kementerian.

Dalam bulan Januari ini SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Calon-calon yang telah mendaftar bagi jawatan di atas tidak perlu memohon semula, namun perlu memastikan ia masih dalam tempoh sah laku.

Tarikh tutup permohonan baharu adalah pada atau sebelum 12 Januari 2017 jam 11:59 malam.


Permohonan di SPA: http://www.spa.gov.my


SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...