Jawatan Kosong Jurulatih Sukan di Sekolah Sukan Malaysia


IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA 
Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai
3Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan untuk mengisi  jawatan  Jurulatih Sukan  (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail  Kota Tinggi, Johor, di Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Sekolah Sukan Malaysia Sabah dan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu.


Syarat dan kelayakan Pegawai Perkhidmatan Awam:
·         Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 29 hingga 44;
·         Warganegara Malaysia;
·         Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dan disahkan dalam jawatan sekarang;
·         Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan dibidang yang dipohon sekurang-kurangnya 3 tahun;
·         Mempunyai persijilan kejurulatihan sukan yang dikeluarkan oleh persatuan sukan yang berkaitan atau dan Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan sekurang-kurangnya Tahap 1;
·         Berumur tidak melebihi daripada 50 tahun pada tarikh iklan ditutup; dan
·         Mempunyai minat yang tinggi dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan.

Syarat dan kelayakan Bukan Pegawai Perkhidmatan Awam:
·         Warganegara Malaysia;
·         Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan dibidang yang dipohon sekurang-kurangnya 3 tahun;
·         Mempunyai persijilan kejurulatihan sukan yang dikeluarkan oleh persatuan sukan yang berkaitan atau dan Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan;
·         Berumur tidak melebihi daripada 50 tahun pada tarikh iklan ditutup; dan
·         Mempunyai minat yang tinggi dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan.

Faedah Kerja :
·         Pegawai Perkhidmatan Awam yang berjaya dipilih ke jawatan Jurulatih Sukan Gred 29 hingga 44 ( Jawatan Terbuka ) akan menerima:

Gaji Peminjaman  =     Emolumen di gred jawatan hakiki pegawai + Insentif
   peminjaman mengikut gred jawatan hakiki pegawai.
( Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 : Dasar Baru Pelantikan secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap )
·         Jurulatih bukan Pegawai Perkhidmatan Awam yang berjaya akan menerima gaji mengikut kelayakan dan pertimbangan pihak berkuasa melulus.
Cara Memohon

i.              Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web www.moe.gov.my atau  www.moe.gov.my/bsukan mulai 14 November 2016.

ii.          Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/ dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Ketua Jabatan kepada:

Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

iii.            Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.

iv.        Permohonan yang telah lengkap bolehlah dikemukakan kepada Pengarah,  Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Catatan : Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon-calon yang tidak menerima maklumbalas selepas tiga (3) bulan dari tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.


SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...