Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia Peringkat Zon Selatan 2016

Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia Peringkat Zon Selatan 2016.


PROGRAM TEMU DUGA KERJAYA SL1M PERINGKAT ZON SELATAN TAHUN 2016.
TARIKH : 12 - 13 OKTOBER 2016 (RABU-KHAMIS)
MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : PERSADA JOHOR BAHRU
MAJIKAN : 118 PENYERTAAN MAJIKAN.





Kini Siri Jelajah Program Temu Duga SL1M akan ke Johor Bahru pada 12 dan 13 Oktober 2016 ini!!!

Sepertimana penganjuran Program Temu Duga Terbuka SL1M di zon-zon lain, objektif Program SL1M adalah untuk membantu graduan menganggur mendapatkan pengalaman bekerja dengan cara menerima latihan dan bekerja sebagai Pelatih SL1M di syarikat-syarikat yang menyertai Program SL1M.

Tujuan utama penganjuran Program Temu Duga ini pula adalah untuk membuka peluang kepada para graduan merebut peluang sebagai Pelatih SL1M di syarikat-syarikat GLCs terkemuka yang akan hadir pada 12 dan 13 Oktober ini.

Dan dikesempatan ini juga, bagi menambah bilangan penerima manfaat dari Program Temu Duga ini, dengan kerjasama dari pelbagai organisasi, dengan sukacitanya telah menjemput syarikat-syarikat swasta tempatan yang menawarkan jawatan-jawatan kosong pelbagai bidang serta kelulusan dari SPM sehinggalah Ijazah.

Lebih 10,000 peluang latihan & pekerjaan ditawarkan sepanjang 2 hari program berlangsung!
Nantikan pelbagai slot motivasi yang merangkumi topik-topik hangat dari wakil-wakil pengurusan tinggi organisasi yang tidak perlu anda lepaskan ! Sila rujuk agenda untuk maklumat lanjut.

Datanglah dengan berpakaian kemas dan bawa bersama dokumen-dokumen dalam kuantiti yang banyak & mencukupi terutamanya dokumen penting berikut:-

1. Salinan kad pengenalan
2. Resume terkini & lengkap bergambar pasport
3. Surat Pengesahan Tamat Pengajian/ Transkrip Sementara jika belum konvo (Graduan Diploma & Ijazah)
4. Sijil-sijil akademik/ profesional




SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...