Jawatan Kosong KWSP

Jawatan Kosong - Eksekutif (Strategi)
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:
EKSEKUTIF (STRATEGI)
RINGKASAN TUGAS
Menyelia dan memastikan pelaksanaan kad skor korporat, bahagian dan jabatan secara berkesan. Mengadakan kajian berkala terhadap pelaksanaan dan melaporkan pencapaian prestasi kepada Pengurusan dan Lembaga dari semasa ke semasa.
TUGAS & TANGGUNGJAWAB
1. PEMBANGUNAN KAD SKOR
 
a. Penetapan Prestasi Korporat Tahunan.
b. Memperluaskan skop khidmat nasihat bagi membantu Ketua-ketua bahagian merangka kadskor bahagian yang merangkumi pelan strategik bahagian yang diselarikan dengan pelan strategik KWSP.
c. Khidmat nasihat bagi pembangunan Pelan Jabatan di semua jabatan.
d. Khidmat nasihat bagi aktiviti pelataan (cascading) kadskor korporat kepada bahagian dan seterusnya ke kadskor jabatan.
 
2. LAPORAN PRESTASI
 
a. Memantau penyelarasan laporan prestasi kad skor korporat, menganalisis dan membentangkan kepada Majlis Strategi, Jawatankuasa Strategi dan Lembaga KWSP.
b. Memastikan laporan prestasi dimuatnaik di dalam Sistem Badan Berkanun (SBSys).
c. Memastikan penggunaan automasi sistem Balanced Scorecard (BSC) sepenuhnya oleh semua pengguna bagi memudahkan pemantauan prestasi kad skor korporat, bahagian dan jabatan.

 
3. KHIDMAT URUSETIA
 
a. Memastikan penyediaan khidmat urusetia bagi Majlis Strategi (Peringkat Pengurusan).
 
4. KOMUNIKASI DAN LATIHAN
 
a. Mengadakan program komunikasi dan latihan berterusan bagi meningkatkan kesedaran, pemahaman serta penghayatan penggunaan rangka kerja BSC.
b. Menyediakan saluran maklumbalas yang berkesan berkaitan penetapan objektif, Key Performance Indicator (KPI) dan sasaran dengan mengadakan bengkel atau sesi latihan dari semasa ke semasa kepada BSC Liaison Officer.
c. Bersedia untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu dalam bidang Pengurusan Prestasi kepada agensi-agensi lain dari semasa ke semasa.
d. Membantu penyediaan pencapaian kad skor korporat dalam Buku Laporan Tahunan KWSP.
 
REQUIREMENTS
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan ATAU luar negara dalam bidang pengajian Perakaunan / Kewangan / Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan & Perancangan Strategi atau bidang lain yang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
  • Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3-5 tahun pengalaman  dalam bidang perancangan korporat.
  • Mempunyai interpersonal yang baik, termasuk kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik.
 
STATUS JAWATAN
Tetap / Kontrak
PROSEDUR PERMOHONAN
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menghantar resume yang lengkap melalui emel ke:
Segala permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada KWSP selepas 3 BULAN dari tarikh iklan ditutup.
IKLAN JAWATAN : KWSP JAWATAN KOSONG


SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...