SILA LIKE UNTUK INFO PANTAS

Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru Vokasional)


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Vokasional secara interim di Kolej Vokasional KPM Ambilan Tahun 2016 berdasarkan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

KETERANGAN PROGRAM

1.1 Tajuk: Pengambilan Guru Vokasional secara interim untuk ditempatkan di Kolej Vokasional KPM Ambilan Tahun 2016.

1.2 Nama Perjawatan: Guru Vokasional Secara Interim

1.3 Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.

1.4 Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di  Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan.


MAKLUMAT JAWATAN

3.1  Jawatan/  Gred:  Guru  Vokasional/  Pegawai  Perkhidmatan Pendidikan  Gred  DG41  (Interim) 3.2  Kumpulan Perkhidmatan:  Pengurusan  dan  Profesional
3.3  Klasifikasi  Perkhidmatan:  Perkhidmatan  Pendidikan
3.3.1  Taraf  Jawatan:  Interim
3.3.2  Gaji  Permulaan:  RM  2222.94:  Jadual  Gaji  MinimumMaksimum  Gred  DG41
3.3.3  Elaun  Tetap  dan  Kemudahan:  seperti  Pekeliling Perkhidmatan  Bil.2  Tahun  2008  dan  peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam lain yang sedang berkuatkuasa.

CARA MEMOHON
5.1  Permohonan  hanya  boleh  dibuat  secara  atas  talian  dengan melayari  laman  web  Kementerian  Sumber  Manusia  Malaysia  di alamat:  http://www.jobsmalaysia.gov.my/  mulai  24  Julai  2016.

(BUAT CARIAN DI JOBMALAYSIA: Kementerian Pendidikan Malaysia)

5.2  Borang  tersebut  boleh  dikemaskini  pada  bila-bila  masa  sahaja dan hendaklah  dihantar  sebelum  tarikh  tutup  permohonan.

5.3  Calon  yang  didapati  memberi  maklumat  salah/tidak benar/manipulasi  maklumat  dalam  borang  permohonan  akan diambil  tindakan  dengan  menarik  balik  surat  tawaran  dan dikenakan  tindakan  undang-undang.  Maklumat  ini  akan disemak  secara  terperinci  pada  hari  temu  duga,  lapor  diri bertugas dan selama tempoh interim.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

7 OGOS 2016 (AHAD), SEBELUM JAM : 11.59 MALAM



SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...