SILA LIKE UNTUK INFO PANTAS

Mohon Guru KEMAS: Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA / TASKA) KEMAS TAHUN 2016

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA / TASKA) KEMAS Tahun 2016 

1. SYARAT DAN KELAYAKAN

1.1 Warganegara Malaysia;
1.2 Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan; 1.3 Terbuka kepada lelaki dan perempuan;
1.4 Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan
(b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) .
1.5 Kakitangan bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini;
1.6 Hanya calon yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan telah bergraduasi sahaja dibenarkan memohon

2. MAKLUMAT ASAS KURSUS

2.1 Tempat : Institut/ Pusat Latihan KEMAS

2.2 Tempoh : Tiga (3) atau Enam (6) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

Tarikh Tutup: 11 Januari 2016

MOHON SEKARANG

PERMOHONAN syarat | borang


SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...