Skim Latihan Bersepadu di KWSP (Elaun Bulanan)

Skim Latihan Bersepadu

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) mempelawa graduan yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten untuk menjadi Pelatih bagi Skim Latihan Bersepadu seperti berikut:

SYARAT KELAYAKAN
 • Warganegara Malaysia
• Graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang telah menamatkan pengajian dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan
• Keutamaan diberikan kepada graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi, Pelaburan, Kewangan, Perakaunan, Sains Aktuari, Analisis   Kuantitatif,      Matematik, Undang-Undang, Fizik, Teknologi Maklumat, Multimedia dan Kejuruteraan atau mana-mana bidang yang bersesuaian
 
Skim Latihan di KWSP
SKOP LATIHAN
Pembelajaran dan latihan menerusi proses operasi harian di Jabatan atau Cawangan KWSP

TEMPOH LATIHAN
 12 bulan

ELAUN & KEMUDAHAN

• Elaun bulanan RM 750.00
• Cuti rehat 1 hari setiap bulan
• Kemudahan perubatan sebagai pesakit luar secara percuma di klinik panel KWSP dan klinik/hospital Kerajaan

PENEMPATAN
Penempatan adalah di Jabatan atau Cawangan KWSP di seluruh Malaysia.

CARA MEMOHON
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan pilihan lokasi Jabatan atau Cawangan KWSP berserta dokumen berikut :

• Resume
• Salinan Kad Pengenalan
• Salinan Sijil Kelahiran
• Salinan Skrol Ijazah Sarjana Muda 
• Salinan Transkrip Ijazah Sarjana Muda
• Salinan Skrol Diploma/Matrikulasi/STPM/Foundation
• Salinan Transkrip Diploma/Matrikulasi/Foundation
• Salinan Sijil SPM

Permohonan hendaklah dihantar ke recruitment2@epf.gov.my selewat-lewatnya pada 25 Disember 2015.

Segala permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada KWSP selepas 3 BULAN dari tarikh iklan ditutup.


Maklumat Lanjut: Portal KWSP



SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...