Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang UMP 2015



Jawatan Kosong Terbaru Universiti Malaysia Pahang


Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan sukacitanya mempelawa mana-mana individu yang berkelayakan untuk memohon Jawatan Kosong berikut:

1. Pegawai Psikologi Gred S41
Tangga Gaji: RM1909.00-RM8644.00
JAWATAN KOSONG UMP 2015

Kelayakan:
(a) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji Permulaan : RM2,112.86)

(b) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji Permulaan : RM2,112.86)

(c) ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji Permulaan : RM2,521.70)

(d) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan : RM2,828.32)

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP, www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Atas Talian (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui laman web UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara atas talian adalah tidak akan dilayan. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat. Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil akademik dan lainlain dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR)

TARIKH BUKA : 16 November 2015
TARIKH TUTUP : 30 November 2015
TARIKH AKHIR PENERIMAAN DOKUMEN PERMOHONAN : 7 Disember 2015

Mohon Sekarang!


SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...