SILA LIKE UNTUK INFO PANTAS

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Majlis Peperiksaan Malaysia merupakan Badan Berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pegawai Peperiksaan DG41 
2. Juruteknik Komputer FT17 
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 
4. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 
5. Pembantu Operasi N11 

Syarat Lantikan bagi Pegawai Peperiksaan Gred DG41 

(i) Ijazah Sarjana Muda serta Diploma Pendidikan (Bahasa Melayu) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau 
(ii) Ijazah Sarjana Muda Dengan Pendidikan (Bahasa Melayu) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/luar negara.

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia

Cara Memohon:

(i) Borang Permohonan MPM 1 dicetak sendiri daripada laman sesawang www.mpm.edu.my. Borang ini juga boleh difotostat. 

(ii) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, dan lain-lain sijil berkaitan serta salinan kad pengenalan. 

(iii) Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini. 

(iv) Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat. 

(v) Borang permohonan (dibawah) yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada: 

Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia Persiaran 1, 
Bandar Baru Selayang 
68100 BATU CAVES 
Selangor Darul Ehsan 
(u.p: Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran)


Borang Permohonan | Iklan Jawatan | Tarikh Tutup: 11 Disember 2015



SHARE THIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...